Search This Blog

Sunday, July 15, 2012

The new tallest building in 2020



Menara Azerbaijan – Bakal Bangunan Tertinggi Di Dunia | Azerbaijan Tower atau Menara Azebaikan yang akan mula dibina tahun hadapan bakal menjadi bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 3,445 kaki (1,050 meter).

Menara Azerbaijan akan mempunyai 187 tingkat dan apabila siap akan melangkaui ketinggian Burj Khalifa dan Kingdom Tower yang sedang dibina di Jeddah. Menara Azerbaijan ini akan menelanbelanja sekurang-kurangnya USD 2 Billion manakalapembinaan Khazar Islands sekitarnya pula sekitar USD 100 Billion! 

Azerbaijian Tower dijangka akan siap sepenuhnya menjelang 2020. Jom tengok gambar menarik Menara Azerbaijan yang bakal dibuat ini. Memang cantik!




Menara yang dibangunkan  di kepulauan buatan Khazar, tepi Laut Kaspia, barat daya dari ibukota Azerbaijan, Bakou,  akan memiliki ketinggian mencapai 3.445 kaki (1.050 m). Selain ia akan mengalahkan ketinggian Burj Khalifa, juga lebih tinggi 164 ft (50 m) dari menara yang rencananya akan dibangun oleh Kerajaan Arab Saudi.

Menara Azerbaijan yang dibangun oleh Syarikat Avesta Consern akan memiliki 189 lantai. Bangunan ini juga akan menjadi pusat dari kepulauan buatan yang sedang dibangun yang berjumlah 41 buah pulau. Kepulauan buatan ini nantinya akan menempatkan kawasan  seluas 2.000 hektar (2.942 hektar) dan akan menjadi sebuah kota. 

Kota kepulauan itu mengikut perancangan  akan mampu menampung hingga satu juta penduduk. Dan akan memiliki segala infrastruktur  sebuah kota modern seperti arena olah raga, sekolah, universiti, rumah sakit, taman tema, pusat kebudayaan bahkan akan dilengkapi pula dengan arena pacuan kuda, circuit formula satu dan sebuah bandara udara serta infrastruktur berteknologi tinggi.

















Avesta berencana untuk memulakan pembangunan Menara Azerbaijan pada tahun 2015 hingga 2018, Sehingga pada tahun 2019 menara itu sudah selesai. Sedangkan Kepulauan Khazar akan selesai secara keseluruhan pada tahun 2022. Pembiayaan yang diperuntukan untuk membangun menara itu dipercayai mencapai US $ 2 billon, Total yang diperlukan untuk membangun kota kepulauan mungkin mencecah hingga $ 100 billon

Video yang dikeluarkan Avesta



No comments:

Post a Comment